Tentang Mudarris



Blog ini telah dibangunkan oleh Mudarris (Guru) Ustaz Noor Azaref bin Naim. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Bandar Tenggara 1 dan Sekolah Agama Bakti Bandar Tenggara, Kulaijaya, Johor. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran ke SMK Agama Segamat, Segamat Baru, Johor daripada tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.

Pendidikan universitinya bermula di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kampus Nilam Puri, Kelantan sebelum ke Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kampus Utama, Kuala Lumpur. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Syariah (Siasah Syar'iyyah) Lulus Dengan Cemerlang pada tahun 2005.

Pada tahun 2006, beliau telah menyertai Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah j-QAF di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor dan memperoleh Diploma Pendidikan Lulus Dengan Kepujian pada tahun 2007 sebelum bertugas di SK LKTP Sungai Sayong, Kulaijaya, Johor.

Pada tahun 2009, beliau telah menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana di dalam bidang Pendidikan (Teknologi Pendidikan) di Universiti Teknologi Malaysia dan Blog ini adalah sebahagian daripada kajian Ijazah Sarjananya yang bertajuk "Animated Pedagogical Agents (APA) di dalam Pendidikan Al-Qur'an".

Kini beliau sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah di dalam bidang Pendidikan (Teknologi Pendidikan) di Universiti Teknologi Malaysia dan merupakan penerima Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Tahun 2014.


Beliau boleh dihubungi melalui emel: azaref82@gmail.com