Ahlan wa Sahlan, Selamat Datang



BismilLahirRahmanirRahim, Assalamu 'alaikum WBT.
lk
Ahlan wa sahlan dan selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi untuk melayari Blog Modul Al-Qur'an: Tajuk Surah Al-Fatihah - Modul Teras Asas Pendidikan Islam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun 1 ini.

Antara tujuan blog ini diwujudkan adalah sebagai bahan bantu mengajar alternatif bagi Modul Al-Qur'an: Tajuk Surah Al-Fatihah - Modul Teras Asas Pendidikan Islam KSSR Tahun 1.

Ia cuba untuk mengintegrasikan elemen agen pedagogi beranimasi (animated pedagogical agents) yang dibangunkan berasaskan perisian Voki; yang berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator, dan lain-lain elemen multimedia yang mampu untuk menarik minat dan memberikan motivasi kepada murid di dalam aktitiviti pembelajaran dan pengajaran (pdp) yang telah disediakan di dalam Blog ini. In sya Allah...
lk
Moga Blog ini dapat dimanfaatkan sebaiknya. Sebarang komen membina adalah amat-amat diharapkan. Syukran, terima kasih.

Wassalam...